“Apatah lagi jika mereka yang berumur 18 tahun ke atas akan mula menjadi pengundi biarpun kerajaan memutuskan hanya pada September 2022 akan digerakkan pengundi 18 tahun ke atas ini.
“Namun saya merasakan ianya harus dimulakan dengan sekarang walau apa pun keadaan yang berlaku di depan nanti,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Pemukiman Revatilisasi UMNO yang berlangsung di Kem Permata Resort, Alor Gajah yang turut dihadiri Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Seri Dr Noraini Ahmad.
Sementara itu, Noraini yang juga merupakan Menteri Pengajian Tinggi turut memberikan pandangan sama berkenaan peranan golongan muda dalam UMNO.
“Mahasiswa memainkan peranan yang sangat penting kerana mereka ini adalah pengundi kali pertama.
“Dengan adanya Siswa UMNO ini mereka membawa suara-suara UMNO di merata tempat.
“Untuk mereka menggunakan peranan yakinkan rakan-rakan yang lain untuk bersama-sama di dalam perjuangan UMNO,” ujarnya.
Tambah beliau, UMNO Siswa ini menjadi kayu ukur bahawa parti sentiasa memberi peluang kepada kepimpinan muda untuk meneruskan agenda amanat parti.
“Perjuangan UMNO ini adalah untuk agama, bangsa dan negara dan kita menunjukkan bahawa di dalam UMNO ini sentiasa memberi ruang dan peluang kepada orang-orang muda melalui gerakan yang dibawa oleh Siswa UMNO ini,” ujarnya